VBAC for My Second Baby


Salam Hye semua 🌹

Untuk my second baby ni tia plan nak buat VBAC (Vaginal Birth After Caesarean). Anak first dulu (2018) adalah Emergency Caesar sebab waktu itu air ketuban dah pecah, bleeding, baby pun dah berak dalam tapiii laluan stuck takat 2cm sahaja. 

Untuk baby kedua, doc bagi pilihan nak Caesar ataupun VBAC (normal delivery). Kalau boleh memang nak sangatlah normal sebab nak rasa dan alami sendiri normal tu macam mana. Jika pilih VBAC, korang kena pergi appointment doktor di Hospital sebelum tarikh bersalin untuk doc advice and cek samada boleh atau tidak proceed dengan normal delivery tu. Doc akan scan dan tengok parut/luka lama. Sebab ada risiko juga jika buat normal delivery after caesar ni. 

Ramai orang cakap, caesar lagi mudah dan kurang sakit. But for me yang dah alami kedua-dua method, dua2 pun sakit and perlu pengorbanan yang besar sebab kita bermain dengan nyawa 🥹

So here is my story :

➡️ 24.9.22 - Pagi Sabtu;

Terpaksa serah diri di HKL sebab dah overdue 5 hari waktu tu tapi masih takda tanda lagi kecuali false contraction.

Doc cek jalan dah 2cm dan tunggu utk warded. 

Malam tu kat wad dah start rasa contraction sikit2. Tunggu esok utk cek jalan semula. Lusa hari isnin kalau masih sama 2cm, doc kata nak induce. Seram betul sbb org kata kena induce lagi sakit 😫

➡️ 25.9.22 - Ahad;

Mula rasa contraction makin sakit n kerap.. minta doc cek, rupanya masih 2cm. Hampa. 

Sambung buat squad, jalan2 sekitar wad. Asal rasa contraction benti kejap, then jalan balik. Dengan harapan ada la tanda bersalin akan muncul 😮‍💨

➡️ 26.9.22 - Isnin;

Doc datang minta siap2 pergi ke bilik procedure sebab nak cek jalan lagi sekali sebelum kena induce. 

Alhamdulillah, 3cm. Doc kata tak perlu induce. Terus q untuk booking labour room. Syukur.

Dalam pukul 9.30 pagi, nurse ambil pergi ke labour room. Masa ni suami tak sampai lagi, stuck jammed. Duduk dalam tu mengingatkan kembali memori masa bersalin anak sulung, time tu terpaksa akur emergency caesar. Tp kali ni, nak sangat bersalin normal.

Suami sampai, doc seluk masa tu dah 4-5cm. Contraction makin terasa tp masih lagi boleh relax. Boleh sembang2 dgn suami, rasa sakit stop kejap. 

Lama2 rasa sakit makin menjadi. Sedut gas , rasa kurang sikit sakit tu sbb macam mamai.

Menjelang petang dalam pukul 3 lebih, itulah kemuncak kesakitan. Rasa pinggang mcm nak terputus dari badan. Tak dapat nak gambarkan kesakitannya. Masa tu cek dah 8cm. 

Berapa minit lepas tu dah 9cm dan doc minta cuba teran. Teran teran tak boleh. Setelah beberapa kali percubaan, dan sampai hampir nak give up, barulah baby berjaya dikeluarkan. Ya Allah masa tu rasa mcm dalam mimpi. 

Doc letak baby kat dada tia, baby nangis. “Assalamualaikum sayang” ucapku. Alhamdulillah ya Allah. 

26.9.22 - 4.15pm - 41 weeks
3.76 kg - Normal

2 Comments

  1. Your post added a valuable layer of understanding to the subject. Thank you!

    ReplyDelete
  2. Your blog has been a beacon of insight for me, and your latest articles reaffirm your brilliance. Share and discover user-generated content related to Aviator on our blog.

    ReplyDelete

Drop down your comment here :)