Trivia


  • Otak manusia akan rosak jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah celcius

  • Setiap 1cm persegi kulit manusia mengandungi pembuluh darah yang mempunyai kepanjangan hampir 7 meter

  • Verkovank, Siberia, merupakan kawasan yang paling sejuk di dunia dengan suhu serendah 100 darjah celsius di bawah paras beku

  • Usus kecil seseorang manusia jika dileraikan panjangnya boleh menjangkau sehingga 4 atau 5 kali ganda ketinggian orang itu

  • Jika anda menjerit selama lapan tahun, 7 bulan dan 6 hari, anda boleh menghasilkan tenaga yang cukup untuk memanaskan secawan kopi

  • Pada tahun 1848, Air Terjun Niagara  berhenti mengalir apabila bongkah ais menghalang sungai Niagara daripada mengalir ke arah air terjun ini

  • Menurut kajian, secara purata kita mengucapkan 30 ribu perkataan sehari dan mengambil masa 3 1/2 jam sehari untuk bercakap

  • Najis seekor ayam dalam sepanjang hayatnya boleh membekalkan tenaga elektrik yang cukup untuk menyalakan sebiji lampu mentol berkuasa 100 watt selama 5 jam

  • Rasa panas yang dirasai dari serbuk cili sebenarnya terhasil dari sejenis bahan kimia yang dipanggil 'Capsaicin'

  • Pemetik api telah dicipta oleh J.W.Dobereiner pada tahun 1816 iaitu sebelum kewujudan mancis api

  • Secara purata, seseorang individu akan mengalami mimpi sebanyak 1460 kali setahun

  • Udara boleh bertukar menjadi cecair pada suhu 190 darjah Celcius

  • Jantung seseorang dewasa mampu mengepam sehingga 7500 liter darah setiap hari

  • Vietnam hanya mempunyai mata wang kertas dan tidak mempunyai duit syiling

  • Lebih daripada 30 juta rakyat di Amerika Syarikat menderita "Diastisma" iaitu mempunyai jarak di antara gigi hadapan

  • Orang yang bekerja di waktu malam lebih senang untuk gemuk berbanding dengan mereka yang bekerja pada waktu siang

  • Hanya 1 daripada 2 juta orang yang akan hidup hingga 116 tahun atau lebih

  • Tidak ada makanan yang semulajadi bewarna biru. Malah blueberries juga berwarna ungu

  • Bulan yang bermula 1hb pada hari ahad sentiasa akan mempunyai 13hb pada hari jumaat

  • Tango berasal daripada tarian antara dua orang lelaki

  • Buah anggur akan meletup apabila dibakar di dalam ketuhar

  • Pokok dedalu kerdil adalah pokok terkecil di dunia di mana ia hanya tumbuh 2 inci di Greenland

  • Jari telunjuk merupakan jari yang paling sensitif 

  • Setiap kali kamu menjilat setem, kamu sebenarnya membakar 1/10 kalori

  • Memakan sebungkus makanan ringan adalah bersamaan dengan meminum 5 liter minyak masak setahun

  • Jerman merupakan negara Eropah pertama yang memperkenalkan insurans kesihatan kepada pekerja iaitu pada tahun 1888

  • Muzik boleh meredakan sakit yang kronik sebanyak 20% dan mampu mengurangkan tekanan perasaan sehingga 25%

  • 'Mageiricophobia' merupakan ketakutan terhadap aktiviti memasak

  • Cecair di dalam buah kelapa muda boleh digunakan sebagai pengganti plasma darah

  • Marilyn Monroe mempunyai 6 jari kaki

  • Keldai bunuh lebih ramai orang setiap tahun daripada kapal terbang terhempas

  • Kalori terbakar lebih banyak semasa tidur berbanding ketika menonton televisyen

  • Pemilik pertama syarikat rokok Marlboro mati akibat barah paru-paru

  • Tidak mustahil jika membawa seekor lembu ke tingkat atas tetapi bukan tingkat bawah

  • Secara purata, anda menggunakan 43 otot untuk mengerutkan dahi

  • Adalah mustahil untuk bersin apabila mata terbuka

  • Yo-yo berasal daripada Filipina di mana ia telah digunakan sebagai salah satu senjata untuk memburu

  • Pada satu ketika dulu, kulit kepala burung belatuk, gigi ikan lumba-lumba dan ekor zirafah semuanya pernah digunakan sebagai wang

  • 'Llanfairpwllgwyngyllgogerychwyrndrobwyll' adalah nama sebuah desa di Wales Utara England

  • Hampir separuh pemandu remaja masih belum menguasai kemahiran asas pengendalian kenderaan atau berkebolehan untuk memandu dalam keadaan selamat

  • Berdasarkan kajian, remaja dalam lingkungan 12 tahun ke atas lebih ramai mempunyai telefon bimbit, selain komputer riba dan pemain mp3

  • Secara purata, seorang budak yang berumur 4 tahun bertanyakan lebih 437 soalan dalam sehari


0 Comments