Pantai Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam

Al-kisah..kelmarin teman ayah p mancing sambil berkelah. Tempatnya kat Sabak Bernam. Perjalanan dari Tasik Puteri, Rawang makan masa lebih kurang 2 jam (melalui LATAR menghala ke Kuala Selangor). Orang kata, tempat ni memang best kalau mancing dan beriadah, aku pun try google dari preview yang ada, nampak menarik jugak la. Dengar cite mee udang kat situ torbaikkkk..

So, sampai2 je kat situ dalam pukul 3 lebih. Angin dia memang superb. Angin kencang wa cakap sama lu..bukan angin sepoi2 bahasa okay. Masa sampai tu ada dua tiga orang je tengah lepak tepi pantai. Tapi aku perasan dekat kedai makan dia ramai orang which is mee udang yang sedap tu ade diserve kat situ. Maknanya memang sedap lah kan? tapi aku tak try sebab dah bawak makanan dr rumah. Plus, kat situ jugak ada gerai2 yang menjual makanan dan minuman.

credit to en google
Tapi sayang, air pantai time tu surut. Air pasang sekitar 5pm-6pm. Masa air surut ni, korang boleh jugak jejalan2 kat sekitar tu. Aku tengok ramai orang kutip lala, siput, kerang..

Jadi ktorang pun isi la perut dulu sambil tunggu air pasang. Sekitar jam 5pm semakin ramai pulak pengunjung. Air pantai pun beransur naik.Menyaksikan proses air pasang ni, terdetik pulak rasa syukur dan menakjubkan. Subhanallah.
air beransur naik
angin kuatttt.. tapi best

Banyak jugak aktiviti yang boleh dibuat kat sini macam memancing, berkelah, main layang-layang, playground pun ada, makan2, dating2, mandi manda. ops, mandi manda tak digalakkan sebab nanti naik2 baju bertukar warna menjadi kelabu. hihi paham2 lah. Sekadar nak ambil angin tu boleh la ye.








So, kalau hujung2 minggu tu dah tak tau nak pergi mana, boleh la lepak sini. Dalam Selangor je pun. Sesuai untuk aktiviti riadah bersama keluarga.


adios!

8 Comments

  1. good info my dear:selalu lalu sabak bernam dan dgr ttg Pantai ni namun x pernah sampai..Insyaa Allah satu hari mungkin tiba...dekatlah dgn area kak ana ,kak ana dr BCH Rawang je..

    ReplyDelete
  2. @anajingga hihi maceh. just sharing. BCH? country homes ke?

    ReplyDelete
  3. Waaaa bestnya dapat main2 tepi pantaiiii ... pasir putih bersih je =)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum awak. wahh tak pernah datang sini.. hehee padahal kira dah dekat dengan sg bloh tu. hehe subhanallah, cantiknya pemandangan semulajadi ni ~~~

    ReplyDelete
  5. @Sheila Salim wslm.. pergi la, boleh lepak2 pastu rasa mee udang dia. hihi

    ReplyDelete
  6. Terima kasih info yg diberi. Memang tengah mencari port baru utk memancing sambil beriadah. Teringin juga nak kutip lala...

    https://www.riadahmancing.blogspot.com

    ReplyDelete

Drop down your comment here :)