Emergency Caesar



Assalamualaikum readers! 
Harini nak share pasal my experience bersalin anak pertama dulu. Emergency caesar disebabkan masalah-masalah tertentu. 

Amaran! Cerita ini panjang lebar dan kemungkinan banyak shortform digunakan. So tarik nafas dalam-dalam dan mulakan dengan bismillah ye..
Ok GO!


13 April 2018 - Jumaat

Pagi tu dah banyak kali cakap kat baby sambil usap-usap perut dan doa supaya baby keluar hari tu juga. Nak ambil berkat hari jumaat la katakan.. So try la jalan2, exercise dalam rumah supaya cepat bersalin.. Tapi tetap takde tanda.

Malam tu rasa lapar and then order mcd (maklum ler sarat2 ni dah agak kurang rajin nak masak hehe). Makan mcd bersama husband. Cakap kat dia, mana la tau ni last makan sedap sblm bersalin.  

Lepas solat isyak rakaat ketiga, rasa macam ada air keluar dari bawah. Ingatkan perasaan je, selesaikan juga solat. Lepas je salam jerit kat husband "dah keluar air ketuban!". Kami terus bergegas ke hospital. Suami punya la nervous dia dok cilok2 sebab malam tu banyak jugak kereta and ramai juga yang bawa slow tapi duduk di lane kanan hmmm

Dalam pukul 9.40 pm,  sampai kat Hospital Selayang. Ya allah keluar je dari kereta air ketuban meleleh lagi. Lagi byk dari tadi. Terus naik tingkat 5 utk daftar. Lepas daftar tunggu nama dipanggil utk cek bukaan. Nervous takyah cite la maklumla anak first. Tak lama lps tu nurse panggil suruh baring. Basah tilam habis dgn air ketuban. Lepas cek bukaan, dia kata baru 1cm. Kuciwa sbb lama lagi tu nak tggu 10cm. Dorang terus pantau jantung baby. Baby dah berak dalam time tu sbb usus dah matang. Tak lama kemudian doc lain plak dtg cek lg tp still 1cm. Tapi disebabkan air ketuban dah pecah dan tak henti2 mengalir bercampur plak dgn bleeding. Dia kata nak tolak kat labour room jugak. Tapi tunggu turn sebab ramai orang.

Pukul 11.50 pm masuk labour room.
Time tu dah takde harapan nak bersalin hari jumaat :(


14 April 2018 - Sabtu

Start sakit contraction. Husband teman kat sblh igtkan untuk berzikir. Emosi sgt masa tu. Cpt marah. Doc cek dia kata baru 2cm bukaan. Kuciwa lg. Sampai la pagi.. dah nak dekat subuh tahan sakit dengan tak selesa bawah dah basah meleleh2 dengan air ketuban, bleeding. Last doc cek lg air ketuban dah pekat sgt. Takut infection kat baby sbb baby dah berak dlm. Doc minta buat emergency caesar. Akur je masa tu. 

Dlm pukul 5 am tolak ke OT. Time tu perasaan bercampur baur. Masuk je situ still tggu lg. Doc bius bg penerangan,  mintak sign form. Masuk je bilik bedah tu mak aih sejuk yg amat! Aircond kuat giler. Lepas kena bius, dah start menggigil. Nurse tu kata effect ubat dan dlm tu pulak mmg sejuk. Dah rasa kejang start dari pinggang,  tak rasa apa. Dorang pun start operate. Ada masa dok jeling lampu kat siling. Boleh nampak perut kena belah. Merah je dgn darah lg. Bile rasa ngeri, kalih tepi. Tak lama lepas tu 5.47 am kedengaran suara baby nangis. Sebak sgt time tu,  sedih,  hiba,  gembira,  bersyukur semua ada..Tak sabar nak jumpa baby. Tp nurse pi ambil dulu utk timbang semua. 3.3kg nurse jerit! 

Lepas keluar dari OT, nurse minta susukan baby. Then baru tolak ke wad. 
Jeng jeng jeng time ni azabnya! ubat bius dah hilang... Rasa la sakit kat tempat caesar tu. Nak gerak sakit, nak ketawa pun sakit, nak batuk pun sakit. Baby pulak time tu taknak kena letak dalam baby cot, nak kena pegang je. Menangis dalam hati la kita. Nasib husband ada time tu boleh tolong dia tukar pampers ke apa. 

Malam pertama kat wad, sangat-sangat kelam kabut ya. Baby dok nangis je. Dah susukan, lepas tu bila letak kat bawah (atas katil or baby cot) dia terjaga n nangis balik. Huwaaa jadi kena pegang je dia. Baby lain elok je tidur. Barai memang barai sebab ngantuk sangat tambah pulak tempat caesar sakit. Hospital tu pulak tak benarkan family or husband jaga. So handle la sorang2. Sampai dalam pukul 3 pagi camtu, nurse datang kat katil, dia cakap "dari tadi baby nangis, dia tak bagi mak dia rehat ke ni..meh la saya jaga. awak tidur la"
Huhu nak nangis pun ada time tu ada jugak org nak tolong. Terus tidur tengok2 pagi esoknya baby dah ada kat sebelah dalam baby cot tengah tidur. Baik betul nurse tu.

Hari ketiga dah boleh balik dan sambung berpantang kat rumah. 
Alhamdulillah pengalaman yang tak boleh dilupakan.
Lain orang, lain pengalaman dia. Samada bersalin normal atau caesar, dua2 memerlukan pengorbanan yang besar seorang ibu.

Be strong mothers out there. Anda hebat! Walaupun masa bersalin tu dah berazam taknak mengandung lagi, tapi percayalah anda akan rindukan moment-moment tu kan dan rasa teringin nak mengandung lagi. Macam saya rasa sekarang :D HOHO (harap husband tak baca lagi posting ni)

Adios readers! 


Much Love, Tiasfl


0 Comments