Checklist barang baby


Assalamualaikum!

Ya Allah berhabuknya blog ni! Lama gila tak update since 2016 😂
Tetibe teringat kat blog balik.

So hari ni saje nak share checklist untuk bakal-bakal ibu yang tak lama lagi akan menyambut kelahiran baby. Mungkin baby sulung jadi agak terfikir-fikir barang apa yang diperlukan...

So basically ini checklist yang saya buat masa sebelum deliver anak dulu. Harap-harap sedikit sebanyak dapat membantu anda!

ini hanya separuh dari hasil tangkapan di baby expo


  • ampaian baby
  • baby diaper newborn size
  • rompers/ baju baby
  • baby detergent
  • tuala baby
  • baby cot*
  • buaian*
  • beg baby
  • puting*
  • botol susu
  • bottle cleaner & brush
  • cecair pencuci botol susu 
  • shower tub
  • baby carrier/car seat
  • stroller*
  • baby swing*
  • breast pump*
  • handkerchief 
  • barut
  • tilam baby
  • changing mat
  • wet tissue
  • toiletries
  • nappy cream
  • minyak kayu putih 
  • mittens & booties
  • snow cap
  • selimut 
  • termometer
  • pemotong kuku


UNTUK IBU
  • kain batik 
  • set berpantang
  • maternity pad
  • stokin

Untuk baju baby, belilah dalam 4/5 pasang je dulu sebab baby cepat membesar and nanti ada juga orang akan bagi hadiah kan hehe. Untuk pampers pun sama, beli size newborn yang kecik dulu ya tak lama lepas tu dah boleh guna saiz S dah.

Tak semua barang di atas ni kena beli sekaligus. Rasanya macam yang saya letak star * tu. Beli kemudian pun boleh. Ataupun boleh pilih, taknak beli pun takpa. Citarasa masing2. Kadang ada yang taknak biasakan anak dia tidur buaian atau hisap puting, jadi tak perlu beli.

Kebanyakan barang baby saya order dari shopee sebab lagi murah dan jimat tenaga. Klik2 bayar dan sampai gitew.

Untuk baby carrier/car seat..saya rasa better beli car seat terus yang boleh pakai sehingga 3/4 tahun. Tak perlu beli baby carrier sbb boleh pakai sekejap sahaja kan :)

Jadi macam mana mommies dah sedia ke? Selamat Bersalin ya dan saya doakan semoga dipermudahkan semuanya.

Much Love, Tiasfl


0 Comments