Langkawi Trip - Part 1

Hai blogger2 sekalian! Lama rasanya tak update. Baru balik bercuti ni. hohoho Pegi Langkawi 9mei-11mei tapi bukan bajet sendiri lah, company bayar. Untung badan. k make it short, cuma nak share gambar n apa yang aku buat kat sana je. So mula dengan hari pertama....

Ktorang gerak pagi naik Air Asia. Dari office, ambil train Batu Caves sampai KL Sentral naik pulak KLIA Ekspres ke Lapangan Terbang KLIA 2.

anti-social?
@KLIA Ekspres



@KLIA 2


Tiba kat Langkawi Airport dalam pukul 2pm terus gerak ke destinasi pertama Cable Car, Langkawi.



Cable car ni ada 3 stage untuk sampai to the top of Gunung Mat Chincang. Setelah melalui saat kesukaran, berdebar dan sebagainya, akhirnyaaaa WE MADE IT!!!



Tapi waktu ni cuaca tak cantik. banyak kabus so tak nampak background laut. 


Next destination, Duck Tour. Antara tarikan terbaru di sini. first aku ingatkan duck tour ni tengok itik rupanya takde kena mengena ngan itik. haha dia cuma ibaratkan kereta yang bawa kita tu itik. 

haa bende ni la.. boleh jalan kat darat dan air. best kan?







edit guna 360 je :p


Habis aktiviti untuk siang. Terus gerak g Century Suria Condominium untuk check in.
Malam pulak dinner di Hotel Continental





dalam pukul 11 lebih baru gerak balik bilik. sangat letih dan mengantuk.

so tu je untuk hari pertama, hari kedua dan ketiga lagi banyak aktiviti n tempat menarik so stay tuned ya!! assalamualaikum ^^



6 Comments

  1. seronoknyeee... lagi2 shopping coklat..hikhik.. :)

    ReplyDelete
  2. duck tour ?? Macm best je ^^ Biarpun dah 2 kali pergi langkawi, tapi takpernah tahu kewujudan duck tour nih ==' sedih btoii

    ReplyDelete
  3. @Anizz Annisa true. banyak gila borong coklat

    ReplyDelete
  4. @Anisyamir Leejo duck tour ni baru lagi yunk. baru bape bulan. masa awak pegi belum ada lagi la kot

    ReplyDelete

Drop down your comment here :)