Jangan Buat Spekulasi Sendiri - MH370

gambar ni tiada kena mengena dengan politik k

Dipetik dari Harian Metro :


SEPANG: Pesawat MH370 jenis Boeing 777-200 dipercayai hilang di sempadan Veitnam ketika dalam perjalanan ke Beijing , kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya.


Beliau berkata, kali terakhir pesawat itu dikesan di kawasan sekitar Kota Bharu, Kelantan menghala ke Laut China Selatan.


MAS nafikan pesawatnya yang hilang ketika dalam perjalanan ke Beijing mendarat cemas di Nanming, China tetapi sudah menghubungi pihak berkuasa negara berkenaan untuk pengesahan lanjut.

Pesawat MH370 jenis Boeing 777-200 berlepas dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) jam 12.41 pagi tadi ke Beijing membawa 239 penumpang termasuk 12 anak kapal dan dua bayi. Pesawat sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing jam 6.30 pagi tadi.


Pesawat itu membawa 152 warga China; Malaysia (38); Indonesia (12); Australia (tujuh); Amerika Syarikat (empat); Perancis (tiga); masing-masing dua dari New Zealand, Ukraine dan Kanada, serta masing-masing seorang dari Rusia, Itali, Taiwan, Belanda dan Austria.



Dua bayi terbabit adalah rakyat China dan Amerika Syarikat manakala pesawat dipandu oleh Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, dan Kapten Fariq Ab Hamid, 27.

Ahmad Jauhari berkata, pihaknya sudah menggerakkan gerakan mencari selepas penerbangan hilang dari radar sejam kemudian dengan gerakan mencari ditumpu di lokasi terakhir dikesan di Laut China Selatan dan sempadan Vietnam.

Beliau berkata, pesawat berkenaan tidak pernah dikesan memasuki ruang udara China.

"Kami juga mengesahkan bahawa situasi cuaca dilaporkan baik," katanya.

China juga dilaporkan telah melancarkan bilik gerakan kecemasan berikutan kehilangan pesawat berkenaan.


p/s : tak jumpa lagi pesawat ni. masih dlm operasi mencari. so how come ada berita yang mengatakan pesawat ni dah dijumpai dan terhempas kat laut china selatan? apa2 pun doa yang terbaik untuk semua penumpang, bukan buat spekulasi sendiri. harap semua selamat. amin

12 Comments

  1. Betul tu,kt fb ramai betul wartwn tak btauliah sibuk duk sebarkn berita..cuma mampu bdoa smoga semua slamat ..

    ReplyDelete
  2. Sama2 kita doakan yang terbaik :)
    #pray4mh370

    ReplyDelete
  3. @Cikgu Norazimah: yelah, macam2 andaian dorang buat. kesian keluarga mangsa bertambah tertekan dan sedih

    ReplyDelete
  4. may Allah saved them. keep praying for Mh370. mintak semuanya selamat. amin =)

    ReplyDelete
  5. salam...
    masih lagi tgu berita yg sahih ttg ni kan..
    kdng penat juga dgr dari mcm2 pihak..apepun xbleh nak pcya dri sumber2 yg tidak btul..hmmm

    ReplyDelete
  6. hmm hmm. sedih kott.. sebok je wartawan yang tak bertauliah sebar kan berita.. :{

    ReplyDelete
  7. @Cik Yaya betui tu cik yaya. pandai2 dorang je buat cite

    ReplyDelete
  8. @Rubiatul Adawiyah masing2 nk jadi org pertama sebar berita. tp tak reti nak periksa dulu betul ke idokk

    ReplyDelete
  9. memang ramai pun yg suka buat spekulasi.. kalau masuk akal xpe ahh jugak. nie tak -.- buat org makin risau aje.

    ReplyDelete
  10. @Siara Elina tu la pasal kan, hobi dorang kot

    ReplyDelete

Drop down your comment here :)