Dia Jauh..Tapi Dekat Di Hati

   
Dugaan cinta jarak jauh ni banyak. Ada orang tak percaya langsung yang cinta jarak jauh ni boleh pergi jauh. Boleh pergi jauh la, nama pun cinta jarak jauh kan. Kalau kena dengan cara dia, dan memang dah jodoh, InsyaAllah boleh. Tapi, banyak perkara kena persiapkan dalam dirilah baru hubungan tu kekal.



Percaya - Yup, perkara paling penting sekali. Ni induk dia. Kena percaya pada dia, pada perhubungan dan diri sendiri. Persetankan segala hasutan jahat orang lain yang mungkin nakkan hubungan korang berakhir begitu sahaja.



Setia - Rasanya yang ni tak la susah mana. Kalau dah sayang, kenapa perlu cari lain? Kan?



Sabar - Sabar dan tahan rindu tu.
Tak dapat dating hari2 macam couple lain? sabar.
Sakit hati bila tengok couple lain berdating? kena sabar juga. kan separuh dari iman



Komunikasi dan Pelbagaikan -Hari2 kena contact. Sms pun jadilah. Nanti mesti terasa dekat walau hakikatnya jauh. Tapi bosan kan kalau go through benda yang sama hari-hari? Mesej pun takda topik yang best. Soalan cliche, dah makan? buat apa tu?. Cuba create something yang more creative dan lain dari yang lain. Cth : puisi, nyanyian, video record, etc




Kejutan - Elemen ni pun penting tau untuk menghangatkan lagi cinta antara korang. ok ayat tu poyo. Surprisekan partner dengan pos hadiah ke rumah atau pejabat dia bersama handmade card. Ataupun boleh juga korang yang pergi sendiri berjumpa dengan dia secara tiba-tiba. Sure senyum nampak gusi.

 
Hari Penting - Jangan lupa hari-hari penting korang. Mark dalam kalender siap-siap. Birthday, Anniversary semua kena ada and wish on time. Barulah pasangan akan rasa dihargai.



Pertemuan - Dah kalau jarang-jarang dapat jumpa, buatlah something yang lain. Kalau setakat tengok wayang and makan-makan buat apa. Mungkin boleh try picnic atau buat aktiviti yang korang minat macam bowling, futsal.

******

KELEBIHAN
  • Dapat elak fitnah sebab jarang jumpa
  • Uji tahap kesetiaan
  • Akan lebih menghargai pasangan
 KEKURANGAN
  • Sakit bila tahan rindu
  • Bil telefon melambung
  • Tak fokus

22 Comments

  1. yaa, its quite hard nak tahan rindu kalau dah bercinta. but isokay. elemen percaya dengan setia teramatlah penting. kena sentiasa tahan sabar dan mungki cara yang terbaik untuk kita sentiasa berdoa moga dikuatkan jodo hehe :D

    ReplyDelete
  2. pjj mmg memerlukan komitmen dari kedua-dua pihak, CN 3 tahun pjj dengan anak dekat hubby lagi, sekarang alhamdulilah, tiada lagi pjj ! hehe

    ReplyDelete
  3. hahahaha teringat zaman bercinta dolu dolu nih... sorang kat selangor, sorang kat perak ... cam tu lah... tapi ubat paling berkesan ialah sibukkan diri dengan kerja atau tugas masing-masing... :D... kurang sangat teringat hahaha...

    ReplyDelete
  4. @wafacw good tips.. huhu tp bila malam dah menjengah mesti teringat jugak kan

    ReplyDelete
  5. nice post, i followed you, feel free to follow me back :)
    http://nurwaniehussin98.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. Komunikasi dan kepelbagaian etcetc kena selalu contact blabla senanya tak boleh juga. bcs if dah selalu hari hari contact nanti jadi bosan.

    ReplyDelete
  7. yeahh yg paling penting kepercayaan la. kalau masing2 dh tk percaya antara satu sama lain tk ada guna jugak

    ReplyDelete
  8. Hehehe kena sangat dgn Nad ni. Baru nak start berjauh dgn boyfriend :'(

    ReplyDelete
  9. @NurSyuhada depends. kalau pandai pelbagaikan, ada topik nak bercerita..ok je. nnt kalau dah kawin lagi la hari2 hadap muka yg sama. hihi

    ReplyDelete
  10. @Ninaa Hassan kalau dah tak percaya, baik putus

    ReplyDelete
  11. @Nadratul Syazwana alolo, tabah la yea.. huhu akk pun sama ni. tu yg post cenggini

    ReplyDelete
  12. hehe..no comment..sebab kalau pasal cinta-cinta ni Jm slow sikit.. (bukan sikit tapi, banyak) hehe

    ReplyDelete
  13. @Cik JariManis :D takpe, masih muda. banyak lagi masa

    ReplyDelete
  14. nanti nak kawin kena sweet gula-gula hack macam ni. hoho..even lambat lagi ,tips yg diberi akan diguna pakai =p

    ReplyDelete
  15. @Aisyah Az semangat tu yang kita nak!! haha

    ReplyDelete
  16. <33333
    best lah post ni awwwh hihihi

    ReplyDelete

Drop down your comment here :)