Lelaki & Perempuan, tidak boleh berkawan



aku dok perhati, perhati n perhati. memang kenyataan.lelaki n perempuan yang dah rapat, memang TAKKAN JADI KAWAN SAMPAI BILA-BILA. kalau ade pun satu dalam seribu atau sejuta. yup.

salah seorang mesti ade niat lain dalam erti kata lain ade MENYIMPAN PERASAAN kepada kawan dia tu. haa jangan tak tahu. lebih elok kalau anda memang langsung takde perasaan terhadap dia, JANGAN BAGI DIA HARAPAN. tapi kalau dia memang jenis yang syok sendiri, anda jangan salahkan diri anda sbb dia yang SOMETHING WRONG SOMEWHERE.

kekadang kita LAYAN DIA BAIK bukan sebab apa, sbb kita mmg baik ngan semua orang kan.n lebih2 lg dia kawan kita yg selalu tolong kita. jadi takkan lah kita nak layan dia buruk pulak kan. dari situ TIMBUL SALAH FAHAM.

ingat jugak, KAWAN YANG BAIK, TAK SEMESTINYA AKAN JADI TEMAN HIDUP KITA YANG BAIK juga. kekadang dia memang sesuai n baik untuk dibuat kawan sahaja. sebab, untuk teman hidup, kita perlukan KOMITMEN YANG TINGGI. jadi, tak semua kawan itu walaupun "bestie" sekalipun, boleh jadi teman hidup yang macam apa yg kita inginkan.

tapi....takde la salah pun kalau nak GET TOGETHER DENGAN DIA JUGAK. dari segi benefit dah banyak sbb dah kenal dalam2.why not. cuma berhati2 pada sesiapa yang memang takde niat ke arah itu.

***entry ni untuk peringatan kepada diri aku jugak. mood hari sabtu memang gini. pabila tiada kerja di office dan yang lain sibuk melayan movie di pc manakala aku melayan otak yang dah parah dengan menggelitik keyboard ni untuk menulis belog. fullstop.ok dah habis merepek.

***tak setuju dengan entry ini? well, these only an opinion based on my observation. ewah! jika ada sebarang ketidakpersetujuan, sila war-warkan di ruang komen. Sekian :)

 

10 Comments

  1. terima kasih singgah dan follow.. follow di sini juga.. selalunya kalau dah jadi kawan baik mesti susah nak jadi pasangan kekasih..

    ReplyDelete
  2. pernah cerita pasal benda ni dalam post ni: http://hamsterkentut.blogspot.com/2013/11/lelaki-dan-perempuan-as-good-friend.html xDD

    ReplyDelete
  3. sy tak setuju!
    jika ada yang tak setuju :D

    sy setuju tu perasaan ni susah kita nak ungkapkan..sekali dah terpaut susah woooo..

    ReplyDelete
  4. Agakla, kalau berkawan dgn berlainan jantina ni lain sikt, kena hati2 lebih. Aku pun kalau kawan ngn lelaki just kawan macam tu jer. Be professional. Haha

    ReplyDelete
  5. @Teena Tna kan! kalau kawan macam2 gitu je ok, tp kalau dah rapat, then dah mula lain macam sikit je better back off

    ReplyDelete

Drop down your comment here :)